Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAFEEZ menarik keluar telefon dari dalam poket jaketnya. Dia perlu menyampaikan maklumat terkini kepada bos mereka. Baru sahaja skrin telefonnya menyala, lengannya terasa ditarik oleh Cindy.

"Kau nak buat apa?" tanya Cindy. Cengkamannya masih utuh pada lengan Hafeez.

"Buat kerja kita." Hafeez menutur tanpa nada. Air mukanya juga tidak menunjukkan apa-apa perasaan.

"Hafeez, kau pun tahu apa yang tuan akan buat kalau tuan tahu Haatim ada anak secantik Zinnirah tu. Kau sanggup nak tikam belakang Zinnirah bila dia dah baik macam ni dengan kita?" tanya Cindy.

Hafeez menarik lengannya daripada terus dipegang oleh Cindy. "Since when do we take kindness into account in our business? No feelings involved."

Gelak sinis Cindy menyapa gegendang telinga Hafeez. Wajah Cindy dikerling dengan hujung mata. Entah apa yang menjadi punca wanita itu tertawa.

"No feelings involved." Cindy mengajuk gaya pertuturan Hafeez.

"Pfft!" Selamba Cindy memperlekehkan bicara rakan sekerjanya itu.

Berkerut kening Hafeez melihat tingkah Cindy. "What's wrong with you?"

"I may like to hear her thoughts. But you..." Cindy memerhatikan tubuh Hafeez dari hujung rambut ke hujung kaki lelaki itu.

Pandangan Cindy berhenti pada mata Hafeez. Jari telunjuknya menolak dada Hafeez lalu dia menutur, "You like her."

"Are you insane?" Hafeez menepis tangan Cindy.

"Aku sedar apa yang aku cakap, Hafeez! Aku kenal kau sejak kau lahirlah. Dari tadika sampai sekolah menengah kita belajar dekat tempat yang sama. Aku tak pernah nampak muka kau macam ni bila dengan perempuan. Dengan aku yang perempuan ni pun kau tak macam ni," tegas Cindy menyuarakan pandangannya. Dia terlalu mengenali Hafeez sampaikan dia boleh baca air muka lelaki itu. Sejak Hafeez tahu apa itu berbohong, Hafeez tidak pernah berjaya membohonginya.

Hafeez melarikan pandangannya daripada terus menentang mata Cindy. Dia diam sejenak. Mata memerhati telefon dalam tangan.

"Come on, takkan kau sanggup biar Zinnirah jadi perempuan simpanan tuan? Kita ambil geran tu dan cau. Tak perlu pun bagi tahu tuan tentang Zinnirah." Cindy cuba meyakinkan Hafeez.

Hafeez menghidupkan telefonnya dan nombor telefon ketua mereka didail.

"Hafeez! Why don't you ever try to tend your feelings? Kenapa kau suka buat sesuatu tanpa fikir tentang perasaan kau sendiri?" Cindy membentak, berang dengan tindakan Hafeez. Telefon Hafeez dirampas dan dibawa ke telinganya. Dia bangun daripada duduknya dan menapak ke pintu utama rumah.

ZINNIRAH menapak laju keluar dari biliknya. Apa sajalah yang tidak dapat dia dengar di dalam rumah berdinding kayu ini?

Hafeez yang sedang bersandar pada dinding dipandang sekilas cuma. Mata mereka sempat berpapasan, namun Zinnirah tidak beriak apa-apa. Dia dengar segala apa yang diperkatakan oleh Cindy. Tetapi itu semua hanyalah telahan Cindy, bukan pengakuan Hafeez. Hafeez tidak mempunyai apa-apa hutang dengan dia. Sementelah, kalau betullah Hafeez suka pun, sekuat manalah sangat perasaan yang timbul pada pertemuan pertama?

Zinnirah mengatur langkah kemas mendekati Cindy di muka pintu.

"Give me the phone." Zinnirah menadah tangannya, menanti telefon yang sedang dipegang oleh Cindy diletakkan di atas telapak tangannya.

"What do you think you are doing?" Hafeez bangkit daripada duduknya.

Zinnirah menjeling tajam wajah Hafeez. Ada hati nak menyampuk lepas dia berniat nak jadikan aku perempuan simpanan tuan dia! Segala sumpah seranah terhadap Hafeez, Zinnirah carutkan dalam hati sahaja.

Telefon yang berada dalam pegangan Cindy terus diambil oleh Zinnirah tanpa izin wanita itu. Dia menapak keluar dari rumah tersebut. Sementara menunggu panggilan berjawab, langkahnya terus diatur. Dia tidak boleh melepaskan peluang untuk bercakap dengan ketua kepada Hafeez dan Cindy. Ada hutang arwah bapanya yang perlu dia selesaikan.

Panggilan telefon dijawab oleh pihak sana. "Hah, macam mana? Dah settle?"

"Belum. Have you ever realize that masalah hutang ni takkan selesai kalau you curi geran rumah dan tanah kami? You ingat I sebagai waris akan duduk diam saja bila I sedar tentang barang yang hilang dari rumah I?" Tidak berhasrat untuk berbasa-basi, Zinnirah terus sahaja menyatakan suara hatinya.

"Wah, I tak tahu Haatim ada warrior. Who are you, sweetie? I can't get enough by just hearing your sweet voice."

Zinnirah mengukir senyum sinis. Melalui bicara lelaki itu pun dia sudah boleh merasai aura lelaki tersebut. Aura lelaki yang mempunyai ramai perempuan simpanan.

"Zinnirah Haatim. I guess it is good enough that my father had never mentioned about me to you before. Nampaknya dia tak ada niat nak jual I kalau dia tak mampu nak bayar hutang dia." Zinnirah berjeda seketika sebelum menyambung. "Anyway, I rasa you tak perlu kut nak ambil geran rumah dan tanah arwah mama I. Harta dia tak ada kaitan dengan harta arwah Haatim. Hutang arwah Haatim biar I yang selesaikan."

Zinnirah dapat mendengar tawa dari hujung talian. Tawa itu seterusnya disusuli dengan bicara. "And how are you going to do that? RM300,000 campur 10 peratus bayaran untuk servis pinjaman iaitu sebanyak RM30,000. Tempoh terakhir bayaran balik sebelum RM100,000 lagi ditambah kepada hutang tersebut ialah 29 hari dari hari ini, iaitu pada 28 September 2018. Sedangkan ayah you pun pinjam duit untuk besarkan you, I doubt that they have any savings to pass down to you."

Dua ulas bibir Zinnirah merapat. Keluh-kesahnya bergema-gema dalam hati. Allah! Banyaknya! Abah buat apa dengan duit sebanyak itu?

"I have a good idea on how you can pay your father's debt." Lelaki yang sedang bercakap di hujung talian itu bermurah hati untuk memberi cadangan.

"If you're going to suggest me to sell my body, I'm not up for it. My body is my property and you won't be able to imagine what will I do to the trespassers." Zinnirah berhenti melangkah. Dia memalingkan tubuhnya. Cindy dan Hafeez ternyata sedang berdiri tegak menghadapnya. Sejak tadi lagi dua orang pengutip hutang itu mengikutinya.

Zinnirah membulatkan tekadnya sebaik sahaja melihat wajah Hafeez dan Cindy. Hanya ada satu cara sahaja dia boleh mendapatkan duit sebanyak itu dalam masa yang singkat.

"I don't force woman. They beg to me."

Zinnirah menggeliatkan tubuhnya, geli mendengar kenyataan lelaki itu. Acah bagus sangat. Lelaki yang tunduk dengan rayuan perempuan yang bukan isterinya ialah lelaki yang lemah.

"Let's meet up. I need to know what my boss looks like in order for him to be my boss. That's how I'll give you your money," putus Zinnirah.

Cindy dan Hafeez saling berpandangan. Berlari Cindy mengambil telefon dari tangan Zinnirah.

"Shit!" Cindy membawa telefon tersebut ke telinganya.

"God! Do you even have a brain!" Hafeez menengking Zinnirah. Riak wajahnya sahaja sudah cukup menampakkan bahawa dia tidak bersetuju dengan tindakan Zinnirah itu.

"Relax, guys. You guys should be happy that I am going to be your colleague soon."

"Shut up!" Selepas memarahi Zinnirah, Hafeez mendapatkan Cindy.

"It's you who need to shut up!" Zinnirah melangkah laju mendekati Hafeez dan Cindy. Cindy sudah selesai bercakap di telefon.

"This is my life and I choose to pay the debt by doing this. Who are you to tell me that I can do this and I can't do that?"

"Kau tak tahu dengan apa yang kau akan berhadapan, Zinnirah Haatim!" Hafeez menengking. Pertama kali dia berhadapan dengan wanita seperti Zinnirah. Degil!

Sepasang mata Zinnirah yang bersinar dengan tekad menikam tepat ke dalam mata Hafeez. "Saya pilih apa yang saya nak buat. Kalau saya tak nak membunuh, maka tak ada sesiapa yang boleh paksa saya untuk membunuh. Kalau saya tak nak mencuri, maka tak ada sesiapa yang boleh paksa saya untuk mencuri. Ya, memang saya pilih untuk bekerja dengan dia. Tapi saya juga ada hak untuk pilih kerja apa yang saya nak buat. Bos awak, when he is doing a job this dirty, dia perlukan kesetiaan daripada pengikut dia. Kesetiaan bukannya sesuatu yang dia boleh dapat kalau dia hanya beritahu apa yang pengikut dia perlu buat. Dia juga perlu dengar apa yang pengikut dia mahu buat. That is a basic skill in relationship. To earn loyalty, you need to give and take. Don't you aware about that?"

Cindy melepaskan nafasnya. "How can I not like you, sis?" Bersinar-sinar matanya merenung Zinnirah.

"Tuan cakap apa?" Hafeez menyuarakan soalan itu kepada Cindy. Matanya masih setia pada wajah Zinnirah. Bengkak rasa hatinya apabila melihat gadis itu menjeling wajahnya. Sungguh, degil kuasa infiniti!

"Bawa Zinnirah jumpa dia," ujar Cindy.

"Yeay!" Zinnirah sudah melompat ke langit dengan senyuman lebar. Sejurus itu, dia terus berlari pulang ke rumah.

Sepasang matanya bergenang. Dadanya terasa sempit. Air matanya yang ditolak oleh angin semasa dia sedang berlari, bergerak ke tulang pipinya lalu menyentuh tudungnya. Senyum pada bibirnya hilang.

Cindy menyiku Hafeez. "You know what?" Matanya melekat pada belakang tubuh Zinnirah yang sedang berlari.

"What?"

"She'll make it through. Her faith in her God is so strong." Cindy tunduk merenung tanah di kakinya. Bolehkah dia menjadi seperti Zinnirah? Gadis yang tidak pernah ragu akan Tuhannya. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro