Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mana mak?" Sampai saja di dalam rumah, aku disambut oleh Abang Mizi dengan bercekak pinggang. Muka macam apa lagi. Menyampah aku tengok. Mak tak ada sekejap dah nak mati ke? Ikutkan hati aku yang marah, memang aku bagi penampar saja. Abang tak abang. Dah kurang ajar sangat.

"Mak ada kat rumah arwah mak tok. Mak nak temankan mak long seminggu dua. Mak long tengah sakit." Aku jawab selamba tanpa rasa takut. Seronok lagi adalah. Seronok sebab berjaya pujuk mak. Dan aku nak sangat tengok apa yang berlaku pada Abang Mizi selepas ni.

"Seminggu dua? Mak tu dah gila ke apa? Siapa nak jaga budak-budak ni? Bodoh betul. Tak fikir langsung fasal cucu. Pentingkan diri sendiri!"

Kak Fina pula cekak pinggang. Masih berseluar pendek dan berbaju tangan pendek. Itulah baju yang dia pakai bila keluar. Ke pejabat usah ceritalah. Baju kurung boleh dikira dengan jari saja dia pakai. Selebihnya semuanya kain pendek paras paha. Betapa dayusnya Abang Mizi. Benda macam tu pun tak boleh kawal. Dengan mak bukan main lagi tapi dengan isteri kecut segala. Dasar takut isteri.

Benar-benar buat tambah geram dengan mulut Kak Fina. Selamba saja cakap macam tu. Ini karang tak dapat tampar Abang Mizi, aku tampar Kak Fina.

"Mak you tu memang dah gila agaknya. Takkan you nak biarkan aje. Buatlah sesuatu," tokok Kak Fina dengan muka serupa apa lagi.

Kurang ajar punya kakak ipar. Sedap mulut dia cakap mak gila. Tengoklah, selepas ni siapa yang akan jadi gila. Asyik mak saja yang jadi tukang gaji. Mak dia tak pernah pulak nak susahkan. Bukan jauh rumah mak dia. Di Padang Jawa saja pun rumah mak dia. Dari rumah mak tak sampai setengah jam. Haram sekali nak minta tolong daripada mak dia.

"Apa hal nak tunggu mak long sampai lama sangat? Mak tu tak fikirkan budak-budak ni ke? Bodoh betul." Abang Mizi mula tinggikan suara. Serupa nak beritahu penduduk satu taman ni. Kalaulah aku ada kuasa menampar mulut Abang Mizi.

"Mak long dah uzur. Abang Pian mintak mak temankan mak long. Manalah tahu umur mak long tak panjang. Bukan mak saja yang temankan mak long, mak lang dengan mak teh pun ada sama. Semua adik-beradik mak dah berkumpul."

Jawapan aku itu pasti saja bakal mengundang kemarahan kedua-duanya. Tapi ada aku kesah? Nak mengamuk ke nak terlingkup pun, peduli apa aku. Yang penting sekarang ni mak tak ada di rumah.

"Apa?" Abang Mizi tanya. Pakej bulatkan mata lagi.

"Mak tunggu mak long. Mungkin sepanjang cuti sekolah ni kut. Kenapa tak faham lagi? Mak ada di rumah arwah mak tok. Nak ulang lagi ke? Mak sekarang ni ada di rumah arwah mak tok kat Tanjung Malim." Manalah tahu kut tak tahu rumah arwah mak tok di mana. Maklum dah berpuluh tahun tak pergi sana.

Memang Abang Mizi garang, tapi dia tak nampak lagi garang aku. Belum masa nak tunjuk. Jangan sampai aku hilang sabar.

"Apa pasal bodoh sangat mak tu?" Kak Fina sengaja panaskan keadaan.

"Mak ada fikir tak cucu-cucu dia macam mana? Yang pentingkan sangat orang tua tu kenapa?" tengking Abang Mizi.

Sakitnya hati. Anak-anak dia saja yang dia fikirkan. Penat lelah mak jaga anak dia yang lasak tak serupa anak orang tu tak ingat pulak.

"Abang suruh mak fikir pasal cucu-cucu mak, tapi abang ada fikir tak perasaan mak? Mak long tu kakak kandung mak. Mereka tu adik-beradik. Mestilah mak sayangkan kakak dia. Lagi-lagi dengan keadaan mak long macam tu. Tolonglah jangan nak penting diri sendiri sangat."

Aku ke bilik. Malas nak layan suami isteri yang tak berhati perut. Siap kemas pakaian, aku keluar dari bilik.

"Hah, yang kau nak ke mana pulak?" Abang Mizi masih cekak pinggang.

"Ustazah tempat Miza kerja tu cakap ada bilik kosong kat taska. Miza boleh menyewa kat situ. Abang kan tak nak Miza menumpang di sini. Miza bakal menyusahkan abang. Sekarang Miza blah la. Tunggu apa lagi? Sebelum kena halau baik Miza blah dulu-dulu." Aku tarik kedua-dua beg pakaianku.

"Kau jangan nak mengada. Sepanjang mak tak ada, tolong jaga anak-anak aku."

Kisahnya. Nak suruh aku jadi hamba dia pulak? Jangan harap. Tak ada masa aku nak tolong.

"Maaflah. Tak senang nak jaga anak-anak abang. Lagipun anak-anak abang tu lasak gila. Karang mereka jatuh sendiri, tuduh Miza pulak yang dera. Tak pun macam ni. Suruh Kak Fina berhenti kerja. Abang dah naik pangkat, kan? Takkan tak mampu nak sara keluarga? Dahlah duduk rumah free, makan pun free. Setakat nak bayar duit api air, Miza pun mampu."

Aku perli abang. Macamlah aku tak tahu selama tumpang rumah mak, abang tak bayar mak satu sen pun. Anak-anak dia pun percuma saja mak jaga. Padanlah duit selalu tak cukup. Buat mak serupa orang gaji saja. Mana gaji nak berkat kalau macam tu.

Abang Miza dan Kak Fina tak jawab apa-apa.

"Abang, hidup kita ni susah kadang-kadang bukan sebab tak ada duit. Sebab dosa yang kita buat pada mak. Abang periksa semula dosa abang pada mak sebelum Allah tarik semuanya."

"Eh, kau tu cuma cikgu tadika saja. Jangan nak berlagak jadi ustazah sangat!"

"Bukan berlagak nak jadi ustazah. Hanya nak ingatkan abang sebab Miza tengok hidup abang ni macam teruk sangat. Suami isteri kerja, tapi susahnya mengalahkan peminta sedekah. Asyik cakap tak ada duit. Gaji beribu kut!"

"Eleh, cakap orang susah, dia tu lagi teruk tak sedar. Suami pun orang rampas!" Kak Fina menyindir. Modal lain dah tak ada, guna ajelah modal suami kena rampas. Aku tak kesah pun.

"Akak tahu tak sebab apa suami Miza kena rampas? Sebab Tuhan nak bagi Miza suami yang lebih baik. Tuhan tahu sekarang Miza tak bahagia. Tuhan nak Miza bahagia pada masa akan datang. Suami kena rampas tu sekadar penyebab saja." Dengan Kak Fina aku kena pandai menjawab.

Aku nampak Kak Fina tarik-tarik baju Abang Mizi dengan gaya gedik dia. Kalau kalah bertekak dengan aku begitulah gaya dia. Memang menyampah habis. Gedik serupa orang tak cukup akal.

"You, siapa nak jaga budak-budak ni?" Kak Fina merengek. Ah! Gedik nak mampus.

"Aku tak kira, kau kena jaga jugak anak-anak aku masa mak tak ada. Siapa suruh gatal bawak mak keluar dari rumah!" Abang Mizi marah aku.

"Miza nak tumpang sekejap kat rumah mak pun abang dah bising, siap halau lagi. Sekarang ni nak suruh Miza jaga anak-anak abang? Memang taklah!" Bukan Abang Mizi tak kenal aku. Anak mak paling degil. Jangan haraplah aku nak lembut hati.

"Kalau macam tu kau pergi jemput mak!"

"Abang yang perlukan mak, abang sendiri yang pergi jemput mak. Apa hal pulak Miza nak pergi jemput?" Aku tentang mata Abang Mizi. Itulah muka anak tak guna. Bukan nak jaga mak, mempergunakan mak adalah.

"Yang kau gatal pergi bawa mak tengok mak long tu apa hal!"

"Suka hati Miza la nak bawa mak pergi mana. Mak pun perlukan masa untuk tenangkan fikiran mak."

"Hidup tak sudah-sudah menyusahkan orang!"

"Ada Miza kesah hidup orang lain susah?" Aku senyum sinis.

"Sial!" Abang Mizi mula menyumpah.

Aku buat bodoh aje. Cakaplah apa pun. Yang penting sekarang ni mak dah jauh dari rumah ni. Aku memang benar-benar puas hati.

"You, jomlah kita jemput mak. Budak-budak ni tak ada siapa nak jaga." Kak Fina merengek lagi. Geramnya. Rasa macam nak... Tak apalah. Aku nak didik hati lebih bersabar lagi.

"Yalah, yalah. Jom kita jemput mak. Kau ni kan, mati pun tak nak. Hidup menyusahkan orang saja." Abang Mizi pandang aku dengan muka marah.

"Sepatutnya abang yang mati. Abang tu yang tak guna. Menyusahkan mak saja." Aku menjawab.

"Cepatlah. Kata nak pergi jemput mak." Kak Fina bertempik. Kedua-duanya masuk ke bilik. Terus aku keluarkan telefon bimbit.

"Assalamualaikum mak. Miza nak cakap dengan mak ni. Abang nak ambik mak. Tolonglah mak jangan ikut sangat cakap abang. Sampai bila mak nak jadi hamba abang?" Aku hasut mak. Harap-harap mak tak mengalah kali ini. Mak tu dah letih sebenarnya. Ikutkan memang dah tak mampu nak jaga anak-anak abang.

"Tak apa. Mak takkan ikut abang kamu. Mak memang nak temankan mak long. Mak dah berkumpul dengan adik-beradik mak. Mak nak habiskan masa dengan mereka."

Lega aku mendengar kata-kata mak. Aku harap mak akan lebih bertegas lagi dan tak termakan dengan pujukan Abang Mizi.

"Kalau macam tu baguslah. Mak jagalah mak long sementara ada waktu."

"Yalah..."

Aku simpan semula telefon bimbit di dalam beg tangan. Kemudian aku perhatikan anak-anak buahku yang sedang menonton TV. Furqan sedang meniarap bersama Yuhanna dan Balqis. Memang sedih, tapi aku tak boleh terikut dengan emosi demi kebaikan mak juga.

"Sebelum kau pergi tu, tolong mandikan budak-budak ni. Satu hari belum mandi."

Menyirap terus darah aku mendengar arahan Kak Fina. Senang-senang nak suruh aku mandikan anak-anak dia. Memang silap banyaklah kalau aku nak buat.

Aku tak pedulikan Kak Fina. Kalau aku menjawab karang, memang ada perkataan kurang ajar yang bakal aku lafazkan. Baik aku jangan jawab apa-apa.

"Pekak ke? Tak dengar apa aku cakap?!" tengking Kak Fina dengan suara yang kuat.

"Pandai buat anak, pandailah jaga anak. Takkan nak mandikan anak sendiri pun orang lain yang kena buat? Otak tu ada sila guna sikit. Jangan nak bodoh sangat."

"Sial betul!" Kak Fina mula menyumpah. Suka hatilah nak cakap apa. Selepas ini tahulah nasib kau.

"Akak tu yang sial. Anak pun tak pandai nak jaga."

"Kau tu memang sial, laki pun tak pandai jaga."

Tak habis-habis lagi guna modal tu.

"Kak, laki tak berapa penting. Jaga separuh mampus pun kalau dia nak curang, curang jugak. Tapi anak ni amanah kita. Kalau anak tak pandai jaga barulah jangan jadi manusia. Ada faham?" Aku senyum sinis.

"You, tengok adik you ni." Kak Fina merengek sambil berjalan menuju ke bilik. Nak mengadu dengan Abang Mizilah tu. Senang Abang Mizi maki hamun aku pula lepas tu. Silap banyaklah aku nak tunggu lagi.

Aku terus menuju ke arah Myvi. Nak gelak pun ada, nak tepuk tangan pun ada. Rasa cukup lega dan senang hati.

Barulah mereka tahu langit tu tinggi ke rendah. Selepas ni pandai-pandailah nak hidup. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro