Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Latifah...

"TAKE care, Tipah," Fawwaz berkata dengan senyuman lebar selepas nampak Jamil memarkirkan keretanya betul-betul di hadapan kedai.

Aku menjeling tajam sebelum terdengar suara Abang Safwan ketawa. Tak pasal-pasal Fawwaz tahu cerita pasal Jamil yang datang mahu menjemput aku pulang.

"Tipah, masuk kereta terus. Jangan pandang depan," suaranya tiba-tiba.

Aduh! Nak mengusik akulah tu. Ini yang malas kalau berjumpa Fawwaz yang syifnya sentiasa jam 11 malam sampai 7 pagi esok.

"Hah, sambung cerita kau semula. Betul ke malam tadi kau nampak punti..."

Aku memotong terus kata-kata Abang Safwan, "Dah! Dah! Tipah nak balik! Cerita kejap lagi!"

Abang Safwan yang berada di situ tersengih. Aku mendengus kecil sebelum menarik beg yang terletak di atas kaunter. Ingatkan nak cerita apa, cerita mistik rupanya!

Maklumlah, Fawwaz tu sejenis manusia yang boleh merasai kehadiran entiti-entiti pelik yang ada dekat depan stesen ni. Sebab itulah hanya dia seorang yang boleh bekerja waktu malam.

Seorang lagi pembantu stesen berbangsa India, Arjun turut menemaninya. Biasanya Arjun akan menguruskan bahagian di stor atau kecemasan di pam-pam minyak.

Kalau dulu, syif malam tak ada pun dekat stesen ni tapi sejak resort tu wujud, makin banyak pula kenderaan yang lalu-lalang. Justeru, Haji Kamil yang merupakan pengurus stesen kami ambil keputusan untuk mewujudkan syif malam.

"Cepat balik, biasanya jam 11 baru tutup gerai," kata aku dengan pantas, sama waktu dengan bunyi berkeriut kereta Kancil Jamil yang aku naiki.

Sengaja untuk menenggelamkan bunyi tersebut. Taklah malu sangat, kan? Aku menutup pintu dengan cepat lalu menyempitkan diri ke pintu.

Haru betul bila duduk berdua dalam kereta sempit ni. Mudah sangat nak berlaga tangan atau bahu. Hmmm... Siapa suruh kau berbadan besar, Latifah? Aku mengutuk diri sendiri.

"Hari ni seorang diri, tutuplah awal. Penat..." kata Jamil sambil mengundurkan kereta.

Aku pula menguap bila wajah terkena pendingin hawa. Kewujudan kami berdua hanya mencetuskan melankolik yang tersendiri. Entah, aku tak pasti kenapa.

"Esok syif jam berapa?" soal Jamil sewaktu keretanya memberikan signal untuk masuk ke simpang kampung.

Aku tidak menjawab tetapi melihat ke arah kedai kopi di simpang jalan yang masih penuh dengan orang. Itu macam... Hesy, bapak aku rupanya!

"Tak nak balik ke dia orang ni? Melepak sampai malam aje kerja..." bebel aku perlahan.

Namun, bila teringatkan aku hanya berdua dengan Jamil di dalam kereta, dengan cepat aku mengangkat beg lalu diletakkan di cermin. Aduh, nanti orang lain nampak, mana nak sorok muka?!

"Nak malu apa, kak?"

"Hesy, kau nak nama kita kena jaja? Hah, kau tak nampak ke Tok Ram dekat situ?"

Kalau dekat kampung sebelah kanan, ada radio bergerak Mak Cik Jijah, kampung sebelah kiri ni pula ada Tok Ram. Seangkatanlah dia orang berdua tu. Tahu aje mereka dengan apa yang terjadi di kampung-kampung berhampiran.

Sewaktu kereta melepasi kedai, sempat aku mengerling bapak. Khusyuk betul dia mendengar Tok Ram yang terayun-ayun tangannya bercerita. Tak apa, esok pagi tahulah aku kisah sensasi itu.

"Akak, soalan saya akak tak jawab lagi," getus Jamil.

"Soalan apa?" soal aku semula, sengaja berpura-pura.

"Esok akak syif jam berapa?"

"Sama macam hari ni."

Jamil terdiam sejenak sebelum menyambung kata, "Esok balik dengan saya juga. Lepas ni, kalau syif malam aje, akak balik dengan saya."

"Kenapa pula? Tak naklah akak susahkan kau." Aku berdalih.

"Saya risaukan akak," ujarnya sebelum memberhentikan kereta lalu menoleh ke arah aku.

Terkebil-kebil aku memandang wajahnya yang tak berapa nak jauh itu. Risau? Aku menelan air liur dan segera membuka pintu.

"Te... Te... Terima kasih hantarkan akak."

Hesy, kenapa kau gagap pula ni?!

Jamil tersenyum kecil. "Masuk, kunci pintu, kunci tingkap. Kalau ada apa-apa, akak jerit aje. Oh, bawa sekali pisau atau gunting, letak sebelah katil."

"Emmm... Okey."

Aku mengangguk sebelum menutup pintu kereta. Jamil masih belum memusingkan kereta ke arah rumahnya. Aku membuat isyarat jari menyuruhnya pergi.

Dia menurunkan cermin tingkap. "Akak masuk dulu."

Aku terpinga sekejap. Eh, kenapa Jamil ni caring sangat? Dengan perasaan berbolak-balik, aku menuju ke tangga rumah. Usai menutup pintu, aku mengintai pula di celahan lubang papan rumah dan melihat Jamil sudah pun memarkir kereta.

"Kamu intai apa tu?"

"Ya Allah! Terkejut Tipah, mak!"

Mak yang berbaju kelawar itu menggelengkan kepala seraya duduk di sofa yang sudah semakin luntur warna sarungnya. Wajahnya tampak letih.

"Mak tak tidur lagi?" Aku duduk di sebelah sambil memandangnya.

"Tunggu bapak."

Setia betul mak dengan bapak. Kalau balik lewat pun, sanggup tak tidur lagi sampai bapak pulang. Bapak buat apapun, mak ikut saja asalkan bapak bahagia.

"Bapak kamu tu..." Mak mengeluh tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi. "Kenapa?"

"Mak tak sukalah dia baik dengan Tok Ram."

Oh, pelik ni. Biasanya mak jarang nak mengadu. Mesti jadi apa-apa sampai mak tak puas hati ni. Aku membiarkan mak bercerita andai itu boleh melegakan hatinya.

"Sejak dia kawan dengan Tok Ram, dah jarang pergi surau. Asyik lepak dekat kedai kopi. Bila balik, cerita dekat mak pasal orang. Eh, mak tak sukalah. Buat apa kita ambil tahu hal orang?" ujar mak dengan nada tidak puas hati.

"Mak tak cakap dengan bapak pasal ni?"

Mak menggeleng. "Mak tak nak gaduh dengan dia. Pernah juga mak ungkit dulu, tapi dia kata itu cara dia nak bergembira. Haih, dah tua-tua pun nak bergembira," getus hati mak.

Aku mengetap bibir. Seingat aku memang bapak macam tu. Jarang ke surau, selalu melebihkan kawan walaupun bapak selalu juga ada di rumah.

"Mak nak masuk syurga... Tapi bapak kamu macam tu, ada harapan ke keluarga kita nak masuk syurga?"

Pandangan mak buat aku jadi sedih. Ya Allah, kenapa mak fikir sampai macam ni sekali? Aku tak tahu nak bagi jawapan, sementelah aku juga kekurangan ilmu agama dalam bab-bab ni.

Allahuakbar, melihat wajah mak buat aku bertambah sayu. Baru aku tersedar, kebelakangan ini aku sering nampak mak mula baca al-Quran setiap hari.

"Mak teringin solat jemaah dengan bapak. Cemburu mak tengok Mak Cik Leha tu. Setiap waktu boleh ke surau walaupun sibuk. Anak dia pun baik-baik..." Mak mengadu lagi.

Alamak! Macam mana aku nak tolong mak? Aku menyedari mereka berdua tidak pernah solat bersama. Bapak jarang ada di rumah sewaktu azan berkumandang, kecuali waktu subuh. Itupun seingat aku, memang kami solat berasingan.

"Apa kata mak pergi aje surau?" Aku memberi cadangan.

Mak memandang aku dengan mata yang berkaca. "Mak teringin tapi dia tak bagi."

"Eh?" Terbuntang biji mata aku.

Kenapa aku tak tahu hal ni?

"Dia kata solat aje dekat rumah. Tak payah bergaul dengan orang kampung sebab selalunya lepas solat, jemaah perempuan suka berkumpul sesama sendiri."

Aku mengerutkan dahi. "Dia orang berkumpul sebab ada usrah kadang-kadang."

"Usrah? Apa tu..."

Aku tersentak. Mak tak tahu usrah itu apa? Aku menelan air liur. Aku pun tahu sebab aktiviti itu saban waktu diadakan setiap hujung minggu di universiti dulu.

"Perjumpaan agama, maksudnya macam ceramah untuk membincangkan sesuatu topik." Aku berkata dengan teragak-agak dan ringkas untuk memudahkan pemahaman mak.

"Seronoknya, Tipah..."

Aku menarik nafas panjang sebelum mencabut tudung sarung lalu menyisir rambut yang terasa berminyak. Walaupun pelik dengan perangai mak, tapi aku tetap cuba melayannya.

"Bapak tak tahu kut ada usrah..." Aku bersangka baik.

"Mungkin..."

Bunyi motosikal kedengaran semakin kuat. Barang kali bapak dah pulang. Mak segera bangun dan membuka pintu. Bapak muncul dengan senyuman lebar.

Aku lihat mak menghulurkan tangan untuk bersalam dan bapak memberikan satu plastik merah. Jauh di sudut hati, ada perasaan sayu mengetuk tangkai hati. Setianya mak.

Mampukah aku mencari jodoh yang baik? Yang mampu bahagiakan aku dan keluarga? Yang mampu sama-sama membimbing diri serba kekurangan ini?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro