BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


YASMIN membetulkan pakaian yang tersarung di tubuhnya sebelum nafas dihela panjang. Cuba mencari kekuatan untuk masuk ke dalam dewan kuliah untuk menerima keputusan assignment yang dihantarnya beberapa bulan lalu.

Bukan dia tak kenal sifat pensyarahnya kali ini. Dr. Rhidey bukannya calang-calang pendidik. Nak bagi markah pun susah. Penandaannya sangatlah strict. Kalau tak kena cara, memang ditolak mentah-mentah assignment yang dihantarnya.

Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah, kelihatan ramai pelajar sudah mengambil tempat masing-masing. Dengan kepala yang menunduk, laju Yasmin bergerak ke arah meja yang biasa didudukinya sebelum telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.

Aplikasi kalendar dibuka dan kepalanya terus laju mencongak hari. Tak lama lagi, teman serumahnya dah nak balik Malaysia. Jadi, dia akan bersendirian di sini sambil menghabiskan satu lagi semester yang masih berbaki memandangkan jumlah semester mereka berbeza disebabkan course pengajian yang berbeza.

Dia dalam bidang perubatan, sementara Irina dalam bidang seni bina.

"Jasmine!"

Yasmin terkaku. Jari terus terhenti dari menyentuh skrin. Kejung sesaat apabila namanya disebut, namun sesaat kemudian, kepalanya diangkat memandang empunya suara yang memanggil.

"Yes?" Hampir tak terkeluar suara untuk bertanya apabila anak matanya menangkap kelibat seorang lelaki sedang melangkah ke arahnya sehinggalah ada sekeping fail yang diletakkan lelaki itu ke atas mejanya.

"Thank you for lending me your notes. It helped a lot." Jody berkata dalam senyuman, sebagai tanda terima kasih walaupun dia taklah rapat mana dengan gadis bertudung di depannya ini.

Yasmin sekadar mengangguk sekali. Hanya sesekali dia memandang Jody, sebelum berura-pura membelek telefon bimbitnya.

"Sure. Glad... to help." Sepatah demi sepatah Yasmin bersuara sebelum fail yang dihulur Jody tadi dicapai semula. Kepala masih kekal dilarikan daripada memandang Jody.

"Can I buy you lunch? As a sign of gratitude?" tanya Jody lagi, sekadar berbahasa.

Dan, Yasmin laju menggeleng. Kaca mata pada

wajah terus dibetulkan seraya menegakkan duduknya di atas kerusi.

"No need. It's fine." Pantas Yasmin menolak. Terlalu mustahil untuk dia bersetuju dengan ajakan itu.

"I'll bring my girlfriend. We are not alone," ajak Jody lagi. Niatnya hanya nak membalas budi. Lagipun, dia sendiri dah berpunya. Jadi, tak adalah dia nak buat yang bukan-bukan dengan gadis Muslim di depannya ini.

Namun, sekali lagi, Yasmin menggeleng. Kali ini, lebih laju dari sebelumnya. "I don't want anything from you." Terpacul ayat itu dari bibirnya tanpa sempat dikawal. Semerta, wajah Jody berubah. Senyuman yang terukir terus memudar sebelum bibirnya tercebik jengkel.

"What a snob," gumam Jody lalu tubuhnya terus dipusingkan untuk meninggalkan Yasmin. Kalau dah orang tak nak, dia pun malas nak terus mengemis.

Sementara itu, tubuh Yasmin terus tersandar pada kerusi dengan tangan yang naik menekap dada. Apabila Jody sudah meninggalkannya, barulah dia dapat menghela nafas lega.

Dahi dipicit perlahan. Ada beberapa titis peluh yang sudah terbentuk di situ. Bersama keluhan perlahan, dia mengelap dahinya perlahan sebelum botol air minuman dicapai dan diteguk sedikit.

"Relaks, Yasmin. Dia dah tak ada." Yasmin bergumam sendirian bersama sebelah tangan yang naik menepuk dada sendiri agar dapat bertenang. Bukan main laju jantungnya berdegup sekarang ini walaupun perbualan itu tadi hanya untuk beberapa saat sahaja.

Breathe, Yasmin. Breathe.

TAK BERKELIP mata Yasmin memandang kertas putih yang sedang dihulur Dr. Rhidey di depannya.

8.5!

Ya, itulah nombor yang tertulis di bahagian atas kanan kertas soalan itu. 8.5 daripada 10? Oh, God! Rare!

Kalau mengikut standard seorang Dr. Rhidey, markah ini memang di luar kebiasaannya. Selama ini, markah yang sentiasa diberinya pasti di bawah nilai lapan. Jadi, 8.5 ini memang jauh lebih tinggi daripada jangkaannya.

Menyedari reaksi Yasmin, Dr. Rhidey tersenyum kecil. "Congratulations. Your lab report this week is extremely good. Keep it up."

Laju bibir Yasmin mengorak senyuman lebar. Siapa tak gembira bila dipuji pesnyarah paling tegas di fakulti mereka ini?

Kemudian, satu lagi kertas dihulur Dr. Rhidey. Kali ini, dahi Yasmin berkerut. Perlahan-lahan, tangannya mencapai kertas itu lalu dibaca satu per satu.

"Showroom?" Yasmin bertanya spontan. Bukan dia tak tahu tentang showroom ini. Memang setiap tahun, fakulti perubatan akan adakan showroom berkaitan kesihatan untuk semua pelajar dan juga orang luar.

Tapi, persoalannya sekarang ini, kenapa beri kertas ini kepadanya

"I want you to manage the showroom this year."

Kepala Yasmin terus terangkat. Mata meluas sesaat. Terkejut. Dia?

Cepat-cepat Yasmin menggeleng. Dia? Uruskan projek skala besar-besaran? Oh, memang tidaklah! Silap hari bulan, boleh ranap semuanya!

"It's definitely an honor, doctor. But, I don't think I can." Yasmin membalas perlahan.

Kening Dr. Rhidey terangkat. "Why not?"

Yasmin menggigit bibir. "This event is one of our biggest event here. I really don't wanna ruin it, by any chance. I think you should put someone who is more deserving than me." Yasmin berkata sopan. Kalau ikutkan hatinya, memang dia berminat. Tapi, dia tidak yakin yang dia dapat uruskan acara sebesar ini.

Nak bercakap dengan orang pun, dia tak berani. Nak suruh dia handle projek? Huh, mustahil!

"I really think you should try. You can refer to me, shall any problems arise," pujuk Dr. Rhidey lagi.

Yasmin pula yang menggaru kepala. "I am sorry, but with all due respect, I really don't think putting me into this, is a good idea." Yasmin menolak lagi.

Dr. Rhidey menghela nafas panjang. "Listen. I didn't pick you based on my instincts. I picked you based on my observations. You have the knowledge, and you need to share it. A try won't hurt. Leave your negativity behind, This is a big event, and you are gonna play a big role. Take the responsibilities like a man. I'll be at my place if you need me." Dr. Rhidey terus menyudahkan kata-katanya sebelum dia terus bangkit dari kerusi seraya melangkah menjauhi Yasmin yang masih terkebil-kebil di situ.

Leave your negativity behind.

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam fikiran Yasmin. Tangan yang memegang buku-buku kuliah terasa menggeletar. Dia tak boleh. Bukan tak mencuba, tapi dia tak boleh! Tidak mungkin boleh!

BUNYI yang agak kuat dari dalam bilik Irina membuatkan Yasmin turut sama melangkah masuk ke dalam. Terus mata menangkap kelibat Irina yang sedang mengemas barang-barang ke dalam beg pakaiannya.

"Pack barang?" Sengaja Yasmin bertanya soalan yang sudah cukup jelas jawapannya itu. Punggung dilabuhkan di birai katil dengan mata yang setia memerhati.

"Flight pukul berapa?" tanyanya lagi. Nampaknya, lepas Irina balik Malaysia, memang bersendirianlah dia di dalam rumah ini.

"Esok, pukul sepuluh malam. Pagi baru aku sampai Malaysia," balas Irina yang dibalas dengan anggukan perlahan Yasmin.

"Kau serius ke nak terus bayar sewa rumah ni?" tanya Yasmin dengan suara perlahan.

Tangan Irina yang sedang mencabut pakaian dari hanger terhenti. Mata terus memandang Yasmin yang sedang tersenyum tawar. Ada riak serba salah pada wajah itu.

"Babe, kita dah bincang pasal ini, kan? Lagi enam bulan aje kau kat sini. Lagipun, macam aku kata, yang bayar sewa rumah ini setiap bulan, bukan pakai duit aku. Tapi, duit bapa aku. Tak ada hal untuk orang macam dia tu," balas Irina selamba.

Itulah untungnya lahir dalam dulang emas. Semuanya ditaja dan dibayar. Tak perlu susah-susah nak fikir soal duit.

"Aku serba salahlah." Yasmin menjawab perlahan.

Irina mengerut kening. "Kau nak serba salah apa? Kau tu dah macam aku punya guardian angel selama ini. Dahlah tak ramai orang Malaysia kat sini. So, kau chill ajelah," balas Irina. Punggung dilabuhkan bersebelahan Yasmin yang sedang berwajah kelat.

Dia tahu, Yasmin memang bukan dari keluarga yang serba mewah. Tapi, mereka sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi dan sekali pun Yasmin tak pernah ambil kesempatan pada dia.

"Hah, amacam dengan kertas kerja showroom kau itu?" Topik ditukar.

Teringatkan amanah yang satu itu, spontan Yasmin mengeluh lemah. Daripada duduk, tubuhnya direbahkan di atas katil dengan mata yang terpaku pada siling di atas.

"Aku tak ada mood nak buat kertas kerja itu. Entahlah. Rasa tak mampu. Tak yakin."

Irina menghela nafas. Sebelah tangan spontan mengusap lembut bahu Yasmin. Dia tahu masalah rakannya ini. Bukan mudah untuk Yasmin bersosial dengan orang lain. Semasa awal perkenalan mereka pun, agak susah untuk dia approach Yasmin di sekolah dahulu.

"Tapi, ini memang minat kau, kan? Tahun akhir, babe. Push kasi perfect." Irina berkata penuh semangat.

Satu lagi perkara soal Yasmin, dia sangat meminati bidang kesihatan sebegini. Sebab itulah, walaupun sejenis kekok nak bersosial, tapi Yasmin tetap berjaya dalam bidangnya ini.

"Atau kau nak aku stay sini sampai tarikh showroom kau?" tawar Irina.

Meluas mata Yasmin dibuatnya sebelum kepala digeleng laju. "Eh, gila kau! Tak payahlah! Kau balik aje Malaysia. Tiket dah book, kan?" Dah satu hal pula dia nak menyusahkan orang lain.

"Kalau macam tu, masa showroom kau itu nanti, aku datang sini balik. Cuma make sure kau hantar tarikh dan the whole tentative kat aku. Insya-Allah, aku datang," kata Irina.

"Hah, yang itu aku setuju. Nanti, lepas ketua fakulti dah approve, aku mesej kau details yang lain." 

"Great!"

"DAH habis kelas?" Yasmin bertanya apabila tempat duduk yang kosong di sebelahnya kini sudah diduduki seseorang. Tak sampai sesaat, ada satu kepala yang sudah terlentok di bahunya dengan mata terpejam.

"Baru habis. Penat. Dr. Kim bercakap macam tengah rap, kak." Zara menggerutu perlahan. Dalam banyak-banyak subjek semester ini, kelas behavioural architecture yang paling banyak buat dia mengeluh.

Gaya percakapan pensyarah dari Korea itu betulbetul buat dia garu kepala sendiri. Laju! Dah macam nak berlumba!

Yasmin hanya ketawa kecil. Zara ini, mulut saja

yang mengeluh. Tapi, adat orang pandai, susah macam mana pun, keputusan semesternya tetap cemerlang.

"Kak Yas buat apa ni?" tanya Zara. Kepala diangkat sedikit untuk memandang skrin komputer Yasmin. Ralit sungguh buat kerja, sampai langsung tak menoleh ke arahnya.

"Untuk health showroom akak nanti," balas Yasmin perlahan.

"Right! Baru Zara teringat pasal showroom akak ni! So, macam mana? Dekan approve tak?" tanya Zara teruja.

Ada juga Yasmin bercerita tentang showroom yang diamanahkan kepadanya itu. Tak banyak yang boleh dia bantu memandangkan mereka berbeza fakulti, tapi sungguh, dia tumpang teruja apabila Yasmin terlibat dengan projek sebegini. Pertama kali kakak angkatnya ini ambil tanggungjawab sebesar ini.

"Dekan approve semalam. So, akak tengah nak cari sponsor untuk event itu nanti."

"Apa yang dah ada dalam plan akak?" tanya Zara.

"Akak tak fikir tema lagi. Cuma, dah ada beberapa aktiviti dalam perancangan. Derma darah, gerai makanan sihat dan jemput pakar kesihatan dari luar untuk sesi talk secara santai. Mungkin ada permainan kecil-kecilan sebagai hiburan nanti," terang Yasmin satu per satu.

Zara terangguk perlahan. "Macam menarik. So, akak tengah cari sponsorlah ni?" tanya Zara.

Tanpa menjawab, Yasmin sekadar mengangguk. Ada macam-macam benda dalam kepalanya untuk projek kali ini. Walaupun pada awalnya dia berat untuk menerima, tapi apabila dah jadi amanah, dia tetap perlu berikan yang terbaik.

"Banyak lagi ke kos yang diperlukan?" tanya Zara

lagi.

"Kalau kira semua sekali, dalam USD25, 000 jugalah. The maximum approximation." Yasmin memberikan anggaran kasar.

Zara terangguk lagi. Sebelah tangan naik mengetuk dagu sendiri. Berfikir.

"Akak nak Zara tanya abang Zara? Rasa macam dia boleh tolong."

Laju kepala Yasmin terpusing ke arah Zara di sisinya. Mata meluas seketika. "Boleh ke?" tanyanya. Terasa macam ambil kesempatan pula.

Zara sekadar mengangkat bahu. "Tak ada masalah rasanya. Abang Zara ada company sendiri. Boleh promote company dia sekali untuk fresh graduates nanti."

Yasmin terangguk seketika. Kiranya, macam win-win situation jugalah. Tak yakin juga dia yang abang Zara itu akan bersetuju, memandangkan nilai mata wang Malaysia dan Amerika agak jauh.

Tapi, rasanya, tak salah mereka mencuba. Untung sabut, timbul!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro